Thursday, February 17, 2011

tah ape-ape 2


setiap kali aku dengar suaranya
meremang
laju kapilariku membawa darah
ke jantung
celik mata ku

kau memang azimat
kalung semangatku
kau biola ku

rintihanmu
meresap ke tubuh
segenap nafasku

terasa jujurmu
merah kulitku
bagai tersimbah panas
bahana bahasamu

Aku tertanya
perlukah aku sakit untuk bangun
perlukah aku luka untuk bangun
perlukah aku berani untuk bangun
dan
perlukah aku terseksa untuk jadi sepertimu
aku peminat rahsiamu...hehhe
 (xder la rahsia maner pon)




tah ape-ape 1

(Ramai tunggu aku jatuh
Tersembah bumi
 Terburai isi perut mereka ketawa
Senyum sipi ,monolog sendiri


Dan sebenanya aku tak takut untuk jatuh
Kerna aku tau aku perlukannya
Lebih dari mereka sendiri tahu.

Pelikkan
Sengaja menjatuhkan diri
Dengan sedar.

Saturday, February 12, 2011

paham

memang aku x sesakit kau
memang aku x penah rasa
memang aku hanya pandai mengata
tapi kau x boleh salahkan aku kalau aku terus menyatakan
takkan aku nak menghalalkan apa yang kau rasa kau halalkan
dan kau kene ingat itu semua tak boleh halang aku dari terus
berdiri
tegap

cuma..iya..
 kadang-kadang aku rasa putus
penat
seperti mahu saja biarkan kau berdiri
pijak muka aku
sambil ketawa
ketawa hanya disebabkan
kelemahan dan kebodohanku

tapi maaf la ye..
jiwa ini masih kental.

bahasa

situasi 1

bahasa kau kesat
aku suka
bahasa kau kesat
aku terasa terhina


situasi 2

masih dalam  pencarian diri
yang masih mudah hanyut
ikut pada yang trendy
kenapa kau tak reti jaga diri

 wei cammon lah

celaru.
bahasa tepat  untuk aku dan kau

mcm blog aku

situasi 3

memang
senang  rasa sayang pada yang sayang
susah buang  sayang pada yang tak perlu disayang

situasi 4

"kau xder dgn aku bila perlu"
itu kata kau pada aku


"aku ada ,tapi kau sebenarnya yang tak perlu aku'
balas aku kepada kau



 * kesimpulan bahasa mmg mudah untuk dimanipulasikan